Pengumuman


YBhg. Datuk/Tuan/Puan Dengan hormatnya saya merujuk kepada tersebut di atas. 2. Selaras dengan hasrat Kementerian Kewangan (MOF) untuk sentiasa memastikan pengurusan aset Kerajaan berjalan dengan lancar dan cekap, Kementerian ini melalui Bahagian Pengurusan Aset Awam telah menambahbaik Portal Pusat Rujukan Maklumat (PRM) untuk kegunaan Pegawai Aset di Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan. 3. Untuk makluman, PRM telah dinaik taraf kepada versi terkini pada 29 Julai 2024 yang lalu. PRM ini merupakan sebuah portal yang mengandungi maklumat berkaitan pengurusan katalog kod aset alih dan kod stok dan maklumat Pekeliling Pengurusan Aset dan Stok Terkini Kerajaan, Panduan Pengguna dan Soalan Lazim berkaitan pengurusan aset alih dan stok. PRM yang baharu ini juga telah dilengkapkan dengan fungsi permohonan kod aset alih dan stok. 4. Walaubagaimanapun, fungsi permohonan kod aset alih dan stok melalui PRM baharu ini hanya boleh dilaksanakan kepada Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan yang telah menggunakan Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA) versi 3.2 sahaja. Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan yang masih menggunakan SPPA versi 3.1 dan ke bawah masih perlu membuat permohonan kod aset alih dan stok menggunakan emel yang di alamatkan kepada sppa1pp@treasury.gov.my atau sppa1pp@mof.gov.my. 5. Bagi Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan yang belum dinaiktaraf ke SPPA versi 3.2, masih boleh memuat turun kod aset alih dan kod stok yang terkini melalui PRM seperti kaedah biasa.
Pengguna SPPA versi 3.1 dan ke bawah, permohonan kod aset alih dan stok hendaklah die-melkan kepada sppa1pp@treasury.gov.my. Memuat naik kod aset alih dan stok hendaklah merujuk manual pengguna PRM perkara 5.3 Muat Turun Kod Aset Alih dan 5.4 Muat turun Kod Stok

PANDUAN PENGGUNA PUSAT RUJUKAN MAKLUMAT (PRM) (1)1.pdf
Pengguna SPPA versi 3.2 dan ke atas, permohonan kod aset alih dan stok hendaklah dibuat atas talian dengan merujuk Manual Pengguna PRM perkara 3.1 Log Masuk melalui Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA) Kerajaan Malaysia Langkah 1 dan Langkah 2. Bagi kemaskini versi Katalog Kod Aset Alih dan Kod Stok PRM dan versi katalog di Kementerian atau Jabatan. Pengemaskinian atau sync kod ini boleh dilakukan oleh Pentadbir Sistem SPA dan Pentadbir Sistem SPS yang berdaftar di Sistem SPPA dengan merujuk Manual Pengguna PRM perkara 6. Kemaskini Katalog Kod PRM Sekiranya terdapat masalah capaian dalam urusan permohonan kod aset dan stok hendaklah merujuk kepada Kementerian/ Ibu Pejabat Jabatan terlebih dahulu atau membuat aduan pada Sistem Meja Bantuan Pengurusan Aset https://smbpa.mof.gov.my/myserv/?owner=GOV

PANDUAN PENGGUNA PUSAT RUJUKAN MAKLUMAT (PRM) (1).pdf